Tuesday, April 13, 2010

Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

* Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran.

* Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan.

* Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa.
Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu:
a) sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran.
b) semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran.
c) selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian.

* Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah.

* Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada:
- pengenalan topik
- perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep
- penutup dan kesimpulan topik pelajaran
- penilaian kefahaman terhadap topik

* Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran.

* Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja.

* Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya.

* Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas.

No comments:

Post a Comment